BPFN Kedah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
Doktor proses ubat batuk di rumah - Harian Metro, 9 Jun 2010
SHAH ALAM: Tugasnya sebagai doktor sepatutnya membantu pesakitnya sembuh, tetapi lain pula yang berlaku apabila dia membuatkan pesakit terutama Mat Gian bertambah sakit dengan menjual ubat batuk haram kepada mereka.
Elak guna semburan hidung '357 Nasal Spray' - Utusan Malaysia, 20 Mei 2010
KUALA LUMPUR 19 Mei - Orang ramai yang mengalami masalah hidung tersumbat hari ini dinasihati supaya mengelak daripada membeli atau menggunakan produk tradisional ubat semburan hidung '357 Nasal Spray' yang dikeluarkan oleh syarikat Three Five Seven Sdn. Bhd.
KUALA LUMPUR: Kemaruk mengambil ratusan jenis pil rangsangan seks semata-mata untuk menjadi ‘jaguh marathon’ di ranjang menyebabkan seorang lelaki akhirnya ditinggalkan isteri yang tidak tahan melayan nafsu melampau suaminya itu yang dianggap gila seks.
Ramuan maut ‘profesor gila’ - Harian Metro, 15 Mac 2010
KUALA LUMPUR: Dia langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah, jauh sekali menggenggam segulung ijazah, namun seorang warga emas berlagak ala profesor apabila dikesan merumus ribuan botol ubat sakit sendi dan pil rangsangan seks.
'Doktor' batin terperangkap - Harian Metro, 18 Februari 2010
KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti perlawanan sukan ragbi apabila seorang anggota polis terpaksa melompat bagi menangkap kaki seorang ‘doktor’ ubat batin yang cuba melarikan diri sejurus markas penjualan mereka di Lorong Haji Taib 1, Chow Kit di sini diserbu pihak berkuasa tengah hari, semalam.
Kementerian Kesihatan serbu rumah Adi Putra - Metro Ahad, 17 Januari 2010
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.
SUBANG JAYA: Aduan beberapa lelaki yang hilang penglihatan serta rabun selepas memakan sejenis pil perangsang seks membawa kepada penemuan ribuan kotak produk berbahaya berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
2 beranak tauke ubat haram - Harian Metro, 8 Julai 2009
TELUK INTAN: Sindiket pengedaran ubat-ubatan tidak berdaftar yang berleluasa di negeri ini tumpas berikutan penahanan dua beranak dipercayai dalang kegiatan itu, semalam.