User Login    
 + Register
  • Main navigation
Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
Tema - tema

(7 themes)
Penafian
BPFN Kedah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
BAHAN PSIKOTROPIK

BAHAN PSIKOTROPIK

KETUM

  

ASAL

 

  • Asia Tenggara dan merupakan tumbuhan asal di

Thailand dan Malaysia.

 

LOKASI

 

  • Hutan hujan tropika di Negara-negara Asia khususnya

Utara dan Pantai Timur Sem. Malaysia dan di Tengah

dan Selatan Thailand dan kawasan berpaya di Afrika.

 

CIRI-CIRI

 

  • Tumbuh di kawasan subur, lembap dan teduh
  • Ketinggian pokok sehingga 50 kaki
  • Pembiakan – dari benih segar atau keratan
  • Pokok malar hijau

 

BATANG

  • Batang pokok mempunyai kualiti kayu yang baik

 

BUNGA

 

  • bunga kuning yang kecil

 

DAUN

  • 2 jenis dedauntetulang daun berwarna merah dan yang

lain berwarna putih (dikatakan mempunyai kesan

halusinogenik yang lebih kuat)

  • Hijau tua berkilat, berbentuk eliptik tau bujur telur.

Berpasangan atau bertentangan tiga, panjang antara

3-20 cm dan lebar 2-12 cm

  • Daun banyak digunakansebagai ubat tradisi dan drug

narkotik

 

 

KATEGORI

 

  • Tumbuhan daripada Famili Rubiacaea (sepertimana pokok kopi)

 

NAMA SAINTIFIK

·         Mitragyna speciosa, KORTH

 

NAMA TEMPATAN

 

·         Malaysia - Biak, Kratom, Ketom, Ketong

·         Thailand - Kratom, ithang, kakuan, thom

 

 

 

BAHAN AKTIF

 

  • Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi Mitragynine merupakan alkaloid yang utama
  • Mitragynine memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu
  • Alkaloid Mitragynine diasingkan (isolated) pada tahun 1907
  • Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964
    • Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine)
    • Terdapat perkaitan jauh dengantryptamine-based psychedelic drugs’ seperti yohimbin, psilosibin dan LSD.

 

 

PELBAGAI CARA MENGAMBIL KETUM

 

·         Daun segar dikunyah bersama sirih

·         Daun kering dihisap bersama tembakau, candu

·         Direbus dan minum sebagai sirap/ teh

·         Daun segar/ kering ditumbuk halus dan dimakan diikuti

dengan air suam. Serbuk juga diletakkan pada lidah untuk

 kesan gian

·         Ekstrak resin mentah dibentukkan kepada gentel kecil

yang ditelan atau dicairkan dalam air panas

 

 

PROFAIL PENGGUNA

 

·         2 kelompok pengguna:

·         pengguna sebenar (ubat tradisional)

·         golongan yang menyalahgunakan ketum (narkotik)

·         Petani, peladang kecil, buruh, nelayan

·         Jarang diguna oleh perempuan

·         Umur permulaan penagihan:

·         30an di Thailand

·         kalangan remaja di Malaysia (drug gantian untuk ganja)

·         Pengguna baru perlu beberapa helai daun sahaja

·         Pengguna kronik perlu 10-30 helai daun sehari

 

PENGGUNAAN TRADISIONAL

 

  • Diguna semenjak berzaman-zaman
  • Ubat tradisional bagi:
    • merawat cirit birit, demam dan batuk,
    • mengelakkan dari penyakit cacing,
    • meningkatkan selera makan,
    • menambah tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat,
    • diadun dengan herba lain – penawar kepada penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah

KEGUNAAN-KEGUNAAN LAIN

 

·         Detoksifikasi penagihan metadon (seperti di New Zealand).

Pesakit melaporkan kesan mimpi yang sangat jelas

(vivid hypnagogic dreams).

·         Sebagai stimulanmempengaruhi mood dan tahap

kegelisahan

·         Sebagai analgesikberkesan sebagai ubat pelali seperti

morfin

·         Drug narkotikmenghasilkan kesan bak-narkotik dan

euforia bak-heroin

·         Drug gantian untuk candu

·         Penyembuhan sementara untuk penagihan candu kerana

ia menghalang gejala tarikan opiat (Ridley,1897).

·         Ketum digunakan untuk menghentikan penggunaan drug

narkotik secara beransur-ansur; penagih akan berhenti

mengambil dadah, keinginan (gian) dan gejala tarikan akan

diredakan melalui pengikatan alkaloid mitraginin kepada

reseptor delta (Kajian perintis di National Institute of Thai Traditional Medicine, 1999).

 

 

KESAN FARMAKOLOGI

 

·         Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambil dan tahan selama 6

jam

·         Mengurangkan ketegangan otot

·         Menindas sistem saraf pusat

·         Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive)

·         Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil

 

MEKANISME TINDAKAN

 

·         Ketum mempunyai beberapa tindakan pindah-silang kepada reseptor

mu mungkin berhubungkait dengan ciri-ciri ketagih daun ketum

o       Iaitu reseptor kappa dan delta tidak berubah dengan penggunaan kronik agonis opiat, tetapi reseptor mu akan terubah dengan teruk (down-regulated), dan seterusnya menyebabkan tolerans dan penagihan.

 

 

 

KESAN MENGIKUT TAHAP DOS

 

·         Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif

·         Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana

(dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod

·         Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif

pada reseptor mu

 

 

KESAN SAMPINGAN MITRAGYNINE

KESAN DOS RENDAH

 

·         Menghalang motivasi

·         Ketiadaan minat

·         Bosan

·         Malas

 

KESAN PADA TAHAP STIMULAN (DOS SEDERHANA)

 

·         Ransangan

·         Peningkatan tenaga fizikal dan batin

·         Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau

kerja yang membosankan

·         Suka bercakap, ramah, suka bergaul

·         Mudah runsing

 

KESAN PADA TAHAP SEDATIF-EUFORIK-ANALGESIK (DOS TINGGI)

 

·         Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi

·         Berasa tenang

·         Hilang dalam alam mimpi

·         Merasa gatal atau berpeluh

·         Anak mata menjadi sempit

·         Merasa loya

 

KESAN SAMPINGAN AKUT (PENGGUNAAN SINGKAT)

 

·         Mulut menjadi kering

·         Kerap kencing

·         Kehilangan selera makan (anoreksia)

·         Sembelit

 

KESAN SAMPINGAN KRONIK (PENGGUNAAN LAMA)

 

·         Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan

·         Jaundis (penyakit hati)

·         Insomnia (payah tidur)

·         Psikosis (gila)

·         Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi

 

 

 

 

KESAN PENGGUNAAN BANYAK (10-30 HELAI DAUN ATAU LEBIH DALAM SEHARI)

 

·         Banyak tidur

·         Hilang keupayaan untuk bekerja

·         Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)

·         Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)

 

GEJALA TARIKAN

 

·         Hidung dan mata berair

·         Cirit birit

·         Sakit pada otot dan tulang

·         Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan

·         Sintakan otot (muscle jerking)

·         Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)

·         Mudah meradang

·         Hilang keupayaan bekerja

 

RISIKO

 

·         Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan

mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran

·         Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang

panjang

·         Jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,

dos besar kafein kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah

·         Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat kesan sedatif

berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian

 

DARI ASPEK PERUNDANGAN

 

·         Dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand

·         Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943

memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan

·         Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik yang

disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)

 

 

HUKUMAN

 

·         Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di

      bawah Seksyen 30(5) Akta

      Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4

      tahun atau kedua-duanya sekali.

·         Seksyen 30(3): Notwithstanding any other provisions in this Act, no person

shall import, export, manufacture, compound, mix, dispense, sell, supply, administer, posses or use any psychotropic substance otherwise than in accordance with any regulations applicable thereto made under this act”

·         Seksyen 30(5): any person who contravenes subsection(3) or any

regulation made under this act relating to psychotropic substance shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding RM 10,000.00 or to imprisonment for a term not exceeding 4 years or both.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KESAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA

 

Memberi kesan kepada ketahanan nasional dan keselamatan negara, bukan

masalah sosial dan kejiranan semata-mata

 

1.      Penagihan boleh terus meningkat, merebak dengan luas, tidak tertumpu di kawasan tertentu dan melibatkan semua golongan masyarakat

  1. Golongan yang banyak terlibat ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin
  2. Anasir-anasir subversif boleh menggunakan dadah untuk meruntuhkan nilai,akhlak dan maruah negara
  3. Dalam jangka masa panjang, keharmonian masyarakat dari segi sosial, akan tergugat, cara haram dapatkan sumber. Tidak berupaya memberi sumbangan kepada keluarga, institusi keluarga runtuh
  4. Ada kaitan rapat antara penagihan dengan jenayah
  5. Kos yang ditanggung oleh masyarakat tinggi  kos nyata & kos tak nyata
  6. Keutuhan sesebuah negara begantung kepada mutu rakyatnya
  7. Kesan ke atas penerapan nilai-murni/Islam , jejaskan ketahanan umat

 

 

 

 

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend


Web counter
Anda merupakan pengunjung yang ke
counter
semenjak 15 April 2007